Apa yang anda perlu tahu sebelum membeli hartanah kediaman @ rumah?
1 . Pada masa yang sesuai.. Bila masa yang sesuai?** Masa yang sesuai maksudnya bila keadaan ekonomi anda dan ekonomi global adalah pada paras stabil, Ekonomi akan menentukan kadar faedah yang akan di kenakan oleh pihak peminjam kepada anda. Bayangkan jika ekonomi tidak stabil, dan anda terpaksa menanggung pinjaman sehingga 20 tahun ke 30 tahun dengan kadar faedah yang tinggi?? SANGAT MEMBEBANKAN..
** Anda mempunyai nilai kewangan yang kukuh, beban hutang yang berkurangan atau sifar. Hutang adalah beban, jika anda mempunyai hutang yang banyak dalam suatu masa, mampukah anda membayar ansuran rumah baru anda kelak? Mungkin tahun pertama hingga tahun ke 5 anda membayar dengan cemerlang, tapi sekiranya tahun ke 6, anda hanya TIDAK MAMPU membayar ansuran selama 3 bulan, nama anda akan di senaraihitamkan, HARTANAH ANDA DALAM BAHAYA.
2. Tempat dan Persekitaran.. Dimana? Apa yang perlu ada sekeliling lokasi tu?
** Pilihan lokasi adalah sangat penting!! Ia menentukan kesesuaian kehendak anda, samada anda inginkan sebuah penempatan atau hanya untuk pelaburan.. BUKAN untuk memiliki hartanah sebagai beban!! Pilihan di tangan anda.
** Untuk penempatan, ia adalah lokasi kediaman anda, mungkin untuk selamanya atau mungkin sebagai rumah persinggahan untuk anda meluangkan masa bersama keluarga. Berdekatan dengan kemudahan awam seperti sekolah, pasaraya, pengangkutan awam, masjid dan kawasan tarikan adalah satu kelebihan.
3. Status hartanah.. Apa itu hakmilik kekal, pajakan, rezab melayu, lot bumi dan lot bukan bumi?
** Hakmilik kekal adalah status tanah yang mempunyai potensi nilai harta yang tinggi, terutamanya jika harta tersebut adalah di lokasi yang strategik dan berdekatan dengan kawasan kemudahan awam dan penduduk yang padat. Manakala status tanah pajakan pula adalah kebiasaannya selama tempoh 99 tahun di pajakkan oleh pihak kerajaan kepada pemilik, dan pemilik perlu membayar premium untuk memanjangkan tempoh pajakkan. Setelah tamat tempoh 99 tahun, tanah anda akan memjadi milik kerajaan semula tanpa sebarang pampasan kepada pemilik.
** Rezab melayu juga mempunyai status hakmilik kekal dan pajakkan, syarat adalah sama tetapi syarat utama hanyalah kepada pembeli MELAYU sahaja., dan kebiasaannya tanah ini adalah jenis pertanian dan mempunyai nilai harta yang rendah.
** Lot bumi adalah 30% dari jumlah keseluruhan rumah / lot yang ada, ia adalah syarat yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi memastikan pembeli bumiputera mendapat potongan harga sebanyak RM10% dari harga asal. Lot Bumi adalah untuk penduduk BUMIPUTERA, iaitu MELAYU, KADAZAN, DUSUN dan ORANG ASLI MALAYSIA. Manakala lot bukan bumi adalah terbuka kepada sesiapa saja untuk memilikinya tetapi tiada potongan harga pada harga asal.
** http://pelanbanglo.com/index.php?option=com_content&view=article&id=166:tip-23--ketahui-apakah-status-hak-milikan-tanah-anda-dan-jenis-kategori-penggunaannya&catid=45:tips&Itemid=101
4. Budget / Bajet... Berapa nilai hartanah yang anda mampu beli?
Ketahui kelayakkan anda. Samada pinjaman anda melaui bank, lppsa atau belian tunai.
Anda wajib tahu KEMAMPUAN diri anda sebagai pembayar kepada harta anda. Pada pengiraan kasar, selalunya kelayakkan anda akan boleh dianggarkan oleh pegawai pemasaran atau pegawai bank. Tetapi kelayakkan sebenar anda adalah bergantung kepada sistem pinjaman yang telah ditentukan oleh sistem bank negara (BNM) dan pihak pemberi pinjaman, kiraan kelayakkan bagi setiap bank dan pihak Lppsa juga adalah berbeza-beza.
PEMBIAYAAN PEMBELIAN SECARA TUNAI
Bagi belian tunai, hanya anda penentu kelayakkan dan kemampuan anda untuk membuat bayaran secara sekaligus (lamsump) atau mengikut peningkatan pembinaan. Bila anda membeli secara tunai, jangan bagi alasan untuk melambatkan tempoh bayaran, kerana anda pasti akan dikenakan faedah lewat bayar oleh pihak pemaju.
Anggaran kiraan yang selamat untuk anda : Gaji kasar - hutang-hutang / ansuran yang wajib dibayar pada setiap bulan = (????). Bahagikan jumlah yang tinggal itu kepada 3, itu adalah kelayakkan RM bulanan yang mampu anda bayar. Kadar faedah semasa (BR */ KA) yang ditentukan oleh bank negara adalah
UNTUK PINJAMAN KERAJAAN MELALUI LPPSA
Cara pengiraan untuk pinjaman adalah berbeza dari pinjaman melalui bank.
No comments:
Post a Comment