Tuesday 24 May 2016

Mencari Peluang Pelaburan Hartanah?

Anda bumiputra yang sedang mencari peluang melabur dalam hartanah perniagaan? 

Jika anda mahu mencari lot kedai untuk memulakan perniagaan atau mengaut untung pelaburan yang berlipat kali ganda daripada hartanah kediaman, di Teluk Kemang kami ada sediakan.


Sebelum kami tawarkan hartanah perniagaan kami, serba sedikit saya terangkan kenapa pelaburan hartanah perniagaan lebih lumayan.

TEMPOH SEWAAN



Kalau kita lihat, penyewa kediaman mempunyai tempoh sewaan yang singkat berbanding hartanah jenis perniagaan. Hal ini kerana kebanyakan hartanah perniagaan mendapat sambutan francais dan para peniaga yang baru bermula perniagaan atau ingin menambah cawangan. Kebanyakan tempoh sewaan bermula dari 1 tahun ke atas. Ini kerana peniaga kebiasaannya menetapkan had 6 bulan pertama untuk melihat sesuatu tempat itu boleh maju atau pun tidak, seterusnya untuk kumpul balik modal untuk pusingan. Bagi hartanah kediaman, kebanyakan sewaan hartanah kediaman dalam tempoh singkat bergantung terhadap sesuatu kawasan. Jika di Teluk Kemang, Politeknik merupakan punca utama bilangan penyewa meningkat kerana disewakan kepada pelajar dan pengajar serta staff sokongan. Tetapi untuk mendapatkan penyewa golongan pengajar tidak setinggi jumlah bilangan pelajar. Jika sewa kepada pelajar kebiasaanya kadar sewa dikira satu orang atau bilik dan terpaksa menyediakan kemudahan dalam rumah yang cukup untuk meningkatkat kadar sewa.


MODAL UBAHSUAI



Modal ubahsuai ini bermaksud modal ubahsuai permulaan sebelum memberi sewa dan selepas tempoh sewaan tamat untuk mencari penyewa baru. Sebelum memberikan sewa terdapat kos-kos ubahsuai yang terlibat oleh pemilik hartanah. Kebiasaannya, pemilik hartanah kediaman akan membuat ubahsuai seperti di bahagian dapur, pagar dan juga penyediaan perabot. Kos ini bergantung terhadap pemilik hartanah, tetapi bagi meningkatkan kadar sewa, pemilik harta akan menyediakan lebih banyak keperluan untuk memudahkan mendapat sewa di pasaran semasa. Selain itu, ubahsuai kedua juga terlibat apabila penyewa terdahulu sudah tamat tempoh atau berpindah. Pelabur terpaksa mengeluarkan sejumlah wang pada suatu masa untuk membaiki semula kerosakan yang dialami untuk kemudahan memberi sewa yang baru kepada penyewa baru. Ini salah satu cara pemasaran untuk memasarkan semula hartanah tersebut untuk mencari penyewa baru. Selain dapat meninggikan nilai hartanah, membaiki fizikal hartanah tersebut dapat menjamin hartanah itu boleh dipasarkan dalam pasaran hartanah.

Berbeza pula dgn hartanah perniagaan ataupun kedai. Lot kedai lebih kosong dan lebih awal diberikan sewa tanpa perlu membuat sebarang ubahsuai. Dengan kata lain, 'sifar' ubahsuai. Hal ini kerana penyewa yang kebiasaannya membuat ubahsuai berdasarkan konsep perniagaan yang hendak dijalankan. Selain itu, tempoh sewaan yang lebih lama yang menyebabkan kos ubahsuai ditanggung oleh penyewa sendiri berbanding pemilik.


PULANGAN




Kita dapat lihat kaum Cina dan India lebih gemar dalam pelaburan hartanah perniagaan ini. Selain kos ubahsuai yang sangat rendah berbanding hartanah kediaman, kadar pulangan sewa juga lebih tinggi.

Kebanyakan bumiputra kurang berminat melabur dalam hartanah jenis perniagaan, mereka lebih suka melabur dalam hartanah kediaman. Kami di sini lebih menggalakkan kaum bumiputra memiliki hartanah perniagaan kerana kadar pulangan yang lebih tinggi daripada hartanah kediaman serta hartanah jenis perniagaan boleh menjadi satu sumber pendapatan tetap berbanding hartanah jenis kediaman. 

Sebagai contoh;
Rumah teres setingkat di kawasan Teluk Kemang (4 bilik,2 bilik air)
Harga                                                             RM 250,000
Anggaran Sewa                                                RM 400 ~ RM 600
Anggaran bayaran bulanan                                RM 1,250 ~ RM 1,300


Kedai setingkat di kawasan Teluk Kemang
Harga                                                             RM 260,000
Anggaran Sewa                                                RM 800 ~ RM1,200
Anggaran bayaran bulanan                                RM 1,250 ~ RM 1,400

Ini hanyalah anggaran yang kami dapat dari kaji selidik setempat di kawasan Teluk Kemang ini. Pelaburan hartanah ini dapat membantu para pelabur membayar sebahagian daripada jumlah pinjaman yang dilakukan kepada institusi kewangan terlibat. Dari sini kita dapat lihat pelaburan hartanah perniagaan mempunyai pulangan yang lebih lumayan berbanding hartanah kediaman. Kadar sewa yang sentiasa meningkat setiap tahun ke tahun juga dapat membantu membayar segala ansuran bulanan pelabur dari tahun ke tahun. Hal ini kita dapat lihat bahawa hartanah perniagaan memberi pulangan yang lebih lumayan dan terjamin.

Oleh yang demikian, kami di sini ingin menawarkan kaum bumiputera melabur hartanah perniagaan dengan lebih mudah melalui skim yang sediakan ini. Hanya untuk bumiputera sahaja.
Kami menyediakan....



Skim Jaminan Pulangan 

Tetapi, unit adalah terhad untuk bumiputera sahaja. 


Hanya dengan wang pendahuluan serendah 

RM5,000 sahaja!


Skim ini seperti berikut:-


  • Dengan setiap pembelian hartanah perniagaan, kami memberikan bayaran ansuran bulanan kepada pembeli walaupun unit tidak disewakan lagi untuk tempoh 2 tahun pertama.
  • Bayaran ansuran bulanan yang dibayar oleh pihak pemaju kepada pembeli bermula pada bulan ke-4 selepas CCC atau sijil 'Perakuan Siap & Pematuhan' diterima.
  • Ansuran bulanan yang dibayar kepada pembeli oleh pemaju akan dinyatakan di dalam lagi satu perjanjian iaitu 'Perjanjian Sewaan'.
  • Sekiranya, pembeli berniat untuk menggunakan lot perniagaan sendiri, pembeli hendaklah menyewa balik lot tersebut kepada pemaju atau tiada perjanjian sewaan. Dengan kata lain, tidak termasuk di dalam skim jaminan pulangan.
  • Kadar pulangan yang pemaju berikan ialah sebanyak 6% setahun untuk tempoh 2 tahun.
  • Skim ini hanya untuk membantu bumiputera untuk memiliki hartanah perniagaan tanpa perlu risau mendapatkan penyewa atau pulangan balik.

Selain itu, kini kami juga menawarkan promosi hebat!


Segala kos duti setem, yuran guaman bagi perjanjian jual beli dan perjanjian pembiayaan pinjaman, kos pindah milik dan GST ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju! 

Mungkin tuan-tuan dan puan-puan hanya merasakan promosi ini biasa-biasa sahaja. Tetapi percayalah, kos-kos terlibat adalah percuma jika membeli hartanah kediaman sahaja. Jarang sekali pihak pemaju menanggung kos-kos terlibat tersebut bagi hartanah perniagaan kerana jumlah yang perlu ditanggung lebih tinggi.

Oleh yang demikian, kami ingin memperkenalkan Taman Coral di Pekan Teluk Kemang Port Dickson sebagai projek yang menyediakan Skim Jaminan Pulangan untuk bumiputera yang berminat. 

Kawasan dan demografi.
1) Terletak 500 meter ke pantai awam Teluk Kemang.
2) Mempunyai kepadatan penduduk sehingga 118,000 orang.
3) 7,700 lot kediaman sedia ada.
4) Bersebelahan Politeknik Port Dickson yang mempunyai bilangan pelajar dan pengajar sehingga 5,000 orang.
5) Mempunyai 11 unit institusi pendidikan dan 13 agensi kerajaan yang mempunyai pekerja lebih 3,000 orang.
6) Lebih 70 unit hotel berdekatan.
7) Mempunyai anggaran kedatangan pelancong lebih 4 juta setahun.
8) Kawasan yang semakin membangun di Teluk Kemang yang memberi jaminan pulangan pelaburan yang hebat!


Di samping itu, apakah tarikan utama di kawasan ini buat masa ini?


Sebelum Taman Coral dibina, terdapat Medan Coral iaitu pusat perniagaan sedia ada yang dibina oleh pemaju kami juga yang hanya terletak bersebelahan sahaja dengan tapak projek Taman Coral ini. Cuma, Taman Coral ialah projek pembangunan bercampur yang terdapat rumah dan juga kedai tidak seperti Medan Coral yang hanya menyediakan lot kedai sahaja.

Di Medan Coral inilah terletaknya Pejabat Jualan pemaju kami. Selain itu, selepas penyerahan kunci unit-unit kedai dilakukan pada awal tahun 2014, kini, kawasan ini telah dipenuhi penyewa dan menjadi tarikan utama kepada penduduk setempat serta pelancong yang berkunjung di Teluk Kemang. Antara penyewa yang telah memenuhi unit-unit kedai di kawasan ini ialah Pasar Mini Speedmart 99, Pasaraya City Extra, kedai Dobi dan Pusat Dobi layan diri, kedai perabot, Restoran serta tarikan utama yang memenuhi kawasan ini dengan pengunjung ialah Galeri Rumah Terbalik.

Tambahan pula, kawasan ini hanya bersebelahan dengan Politeknik Port Dickson dan juga berdekatan dengan PD Mini Zoo atau Ostrich Farm dan Extreme Park yang hanya terletak di kawasan belakang projek ini sahaja.











Dengan anggaran setiap hujung minggu yang padat dengan kunjungan pelancong, serta kawasan yang kian membangun, kami yakin dapat memberikan jaminan pulangan yang hebat kepada para pelabur. Tidak perlu risau jika tidak dapat pulangan sewaan, para pelabur boleh menyertai skim jaminan pulangan selama 2 tahun.


Sebarang pertanyaan hubungi kami;

Hida 012-2081533 @ Lizza 012-6038826

No comments:

Post a Comment